Pages

Monday, 28 March 2011

Konsert Opera Hidup WINGS

Poster









Kumpulan Wings: Joe, Awie, Black, Eddie

 p/s: guitar yang Joe pegang tu jenama Akira Takasaki Esp. Jenama dari guitarist Loudness.

Wings telah banyak mengharungi “Opera Hidup” sebagai kumpulan rock tanah ayaq selama 25 tahun didalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama peminat yang mereka kumpul hingga kini. Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai muzik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera muzik mereka agar tetap hidup di dalam jiwa dan ingatan peminat-peminatnya.

Wings mengeluarkan 27 album dari Belenggu Irama hingga Double Trouble Live, pelbagai rentak dan melodi rock dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka. Dari pentas fun-fair hingga ke pentas konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, sejarah bakal tercipta di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Bombay Worldwide, Anggerik Event dan Red On Block adalah publishers untuk konsert ini.

Konsert Wings Opera Hidup akan berlangsung pada 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam. Tiket dijual dengan harga RM65 hingga RM450. Berbaloi la tu...band Wings tuuu...!!!

Etika Berpakaian
Kalau dah nama Istana Budaya tu, pakaian mestilah mengikut etika yang telah ditetapkan. Pakaian hendaklah kemas, sopan dan bersesuaian.Tak boleh pakai seluaq jeans yang lusuh/koyak, kemeja-T berkolar bulat, seluaq pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar. Tapi kalau nak p dengaq orkestra kat Istana Budaya, kena pakai sut rasmi atau baju batik atau kemeja lengan panjang. 

Tiket
Nak beli tiket online klik sini

No comments:

Post a Comment