Pages

Monday, 28 March 2011

Konsert Opera Hidup WINGS

Poster









Kumpulan Wings: Joe, Awie, Black, Eddie

 p/s: guitar yang Joe pegang tu jenama Akira Takasaki Esp. Jenama dari guitarist Loudness.

Wings telah banyak mengharungi “Opera Hidup” sebagai kumpulan rock tanah ayaq selama 25 tahun didalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama peminat yang mereka kumpul hingga kini. Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai muzik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera muzik mereka agar tetap hidup di dalam jiwa dan ingatan peminat-peminatnya.

Wings mengeluarkan 27 album dari Belenggu Irama hingga Double Trouble Live, pelbagai rentak dan melodi rock dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka. Dari pentas fun-fair hingga ke pentas konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, sejarah bakal tercipta di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Bombay Worldwide, Anggerik Event dan Red On Block adalah publishers untuk konsert ini.

Konsert Wings Opera Hidup akan berlangsung pada 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam. Tiket dijual dengan harga RM65 hingga RM450. Berbaloi la tu...band Wings tuuu...!!!

Etika Berpakaian
Kalau dah nama Istana Budaya tu, pakaian mestilah mengikut etika yang telah ditetapkan. Pakaian hendaklah kemas, sopan dan bersesuaian.Tak boleh pakai seluaq jeans yang lusuh/koyak, kemeja-T berkolar bulat, seluaq pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar. Tapi kalau nak p dengaq orkestra kat Istana Budaya, kena pakai sut rasmi atau baju batik atau kemeja lengan panjang. 

Tiket
Nak beli tiket online klik sini

Friday, 25 March 2011

KASUT FUTSAL KELME

KELME adalah sebuah syarikat yang meghasilkan dan mengedarkan kasut, pakaian dan aksesori untuk sektor sukan dan fashion, terutama bola sepak dan futsal. Pejabat utama Kelme terletak di Elche, Alicante, Sepanyol (aku nak sebut pun tak reti wei...!!)

Sebelum ni, jenama Kelme sangat tak familiar kat Malaysia, tapi sekarang ramai dah tau setelah ianya dipopularkan oleh futsalworks sdn bhd, sebuah syarikat yang memasarkan pakaian dan peralatan futsal yang berpusat di Kuala Lumpur.

Kenapa tiba-tiba aku duk buat kalut pasai kasut Kelme neh??

Sebabnya...

Nak dijadikan cerita..."ce citer ce citer" (kedengaran suara Pak Jabit di hujung-hujung)

Cerita bermula tanpa episod, Alif Hakimie, digelar ‘Awe’, telah mengurangkan 10% daripada wang sakunya. Dia beli kasut futsal Kelme Indoor Copa beberapa hari yang lepas wa cakap lu. Percubaan pertama beliau untuk perform dengan kasut barunya telah menjadi kenyataan apabila tanggal 24 Mac 2011, perlawanan persahabatan futsal telah diadakan, tepat jam 12 pm, bertempat di The Challenger Sport Centre, Cheras.

Selepas beberapa jam perlawanan tamat, satu wawancara telah diatur bersama Awe.
 
Awe yang cool

Soalan: apakah perasaan anda ketika game pertama bersama kasut Kelme?
Awe: "maso kawe mulo-mulo jale msop dale court, kawe raso mace David Silva, tapi bakpo Silva mano pakai Kelme. Pah tu kawe tok caro  kawe terus kuda bola ke arah pintu gol opponent sambil jerkoh sebagai tanda kawe begitu bersemangat. Bola yang kawe sepak tadi nneting tapi kawe kecewa. Tak gol pula.  Arrgghh malas nok cito panje.Kawe tension. Bakpo bola tu tak gol!. Walaubagaimanapun, kasut Kelme ni meme best lah!!. Best gileeerrrr.....!!!"  
(wawancara ini sengaja direka tapi yang Awe beli kasut tu betol.tak tipu.)

Refer kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kasut futsal Kelme adalah antara salah satu the best futsal shoes in the world!!!

Cayalah Awe!!!. Jangan marah...


 Berikut adalah ksut futsal yang dimaksudkan. Smart kot!!




 



Wednesday, 23 March 2011

KASUT ALIPH

Pernah dengar kasut jenama aliph??
mai sini dengaq cerita tentang kasut aliph..

Kasut sukan berjenama Aliph mula dipasarkan pada pertengahan tahun 1980-an, iaitu ketika zaman kebangkitan muzik rock di Malaysia. Seperti mana yang diketahui umum, kasut sukan adalah antara aksesori penting yang melengkapkan gaya artis dan band rock pada zaman tersebut, tidak kira di Malaysia atau di luar negara. Sejak itu, pemakaian kasut sukan tidak lagi hanya untuk bersukan atau beriadah, tetapi telah menjadi sebahagian daripada fesyen dan kegunaan harian yang kekal hingga ke hari ini...Source: www.muzikrock.com

Kasut Aliph adalah antara jenama tempatan yang paling popular ketika itu dan sering menjadi pilihan artis dan band rock untuk digayakan, malah jenama tersebut menjadi ikutan para peminat muzik rock umumnya. Kebiasaannya kasut sukan yang mempunyai rekabentuk potongan tinggi (high-cut) paras pergelangan kaki akan menjadi pilihan ramai kerana selain bentuknya yang unik dan menarik, ia juga seakan-akan telah direka untuk kelihatan sepadan dengan potongan seluar sendat yang juga turut menjadi sebahagian daripada fesyen rasmi para rockers ketika itu. Source: www.muzikrock.com

Kasut Aliph dipasarkan dalam pelbagai warna, bentuk dan model, antara yang popular ialah model Hi-Cut Rider, sementara rekabentuk yang mempamerkan logo besar Aliph dalam pelbagai warna di kiri dan kanan kasut sering menjadi pilihan. Sekitar tahun 1987-88, kumpulan Search telah dipilih untuk memperagakan jenama Aliph secara eksklusif di mana rekabentuk terbaru kasut Aliph telah dikeluarkan secara terhad dan model tersebut dikenali dengan nama Aliph Search. Setelah itu, kumpulan Lefthanded juga mendapat peluang yang sama, di mana mereka muncul memperagakan jenama Aliph Lefthanded. Source: www.muzikrock.com

Pada tahun 1987 juga, jenama Aliph telah menaja kasut untuk filem Rozana Cinta '87, di mana pelakon terkenal Helmi Hussaini dan Erma Fatima dilihat memakai kasut Aliph dalam filem yang mengisahkan tentang pergolakan remaja kota itu. Pada 1989, jenama Aliph sekali lagi mengeluarkan model terbaru, tetapi kali ini mensasarkan hanya kepada golongan gadis remaja, lalu muncullah kasut Aliph Terri yang turut dipasarkan dalam rekabentuk potongan tinggi (high-cut). Tidak lama kemudian, jenama Aliph memperkenalkan pula kasut khusus untuk dipakai ke sekolah, iaitu model White Shadow dan Strike Force yang hanya dikeluarkan dalam warna putih. Dengan itu, jenama Aliph terus mengekalkan popularitinya sehingga ke awal tahun 1990-an. Source: www.muzikrock.com

Sejurus menurunnya populariti muzik rock di Malaysia sekitar tahun 1993, jenama Aliph juga seakan menerima tempiasnya, di tambah pula dengan kemunculan pelbagai jenama lain yang semakin mendapat perhatian. Maka, secara perlahan-lahan pengeluaran kasut Aliph telah dihentikan, dan akhirnya operasi kilang Aliph terpaksa menutup pintunya buat selama-lamanya. Kini, kasut Aliph masih lagi kelihatan dipakai oleh para pemilik dan pengumpulnya. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kasut Aliph kini telah menjadi antara simbol ingatan rasmi terhadap zaman kebangkitan muzik rock di Malaysia, malah jangan terkejut sekiranya terlihat kasut Aliph tidak lagi berfungsi sebagai pelapik kaki, tetapi sebaliknya terjaga rapi sebagai sebahagian daripada bahan pameran untuk tatapan orang ramai - Artikel ini ditulis oleh khys pada 22 Julai 2007. Source: www.muzikrock.com
 kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasai kasut ALIPH??
kerana...
aku...
pernah...
ada...
sepasang kasut aliph startrek...yeargh2!
ditemui di sebuah booth kasut bundle di uptown danau kota, Kuala Lumpur.
tapi malangnya ksut tersebut telah di jual kpd rakan terdekat kerana sebab2 tertentu(kesempitan wang)...haha
yang tinggal hanyalah gambar sebagai kenangan...










MENGAPA XXL??

Well hello there world...(copy ayat anwar hadi...haha)
Mengapa XXL?
nama blog ini diinspirasikan dari saiz baju aku sendiri...
tp...
aduss ada tapi plak...tapi kadang2 aku pkai saiz xl(tak la besar sangat)
header blog ni ala2 blog serius.bukan nak tiru tp diambil sebagai sumber inspirasi utk blog aku...YEARRGGHH!!
sekian trima kasih(xdak idea dah oii, nanti2 la plak)