KELME adalah sebuah syarikat yang meghasilkan dan mengedarkan kasut, pakaian dan aksesori untuk sektor sukan dan fashion, terutama bola sepak dan futsal. Pejabat utama Kelme terletak di Elche, Alicante, Sepanyol (aku nak sebut pun tak reti wei...!!)
Sebelum ni, jenama Kelme sangat tak familiar kat Malaysia, tapi sekarang ramai dah tau setelah ianya dipopularkan oleh futsalworks sdn bhd, sebuah syarikat yang memasarkan pakaian dan peralatan futsal yang berpusat di Kuala Lumpur.
Kenapa tiba-tiba aku duk buat kalut pasai kasut Kelme neh??
Sebabnya...
Nak dijadikan cerita..."ce citer ce citer" (kedengaran suara Pak Jabit di hujung-hujung)
Cerita bermula tanpa episod, Alif Hakimie, digelar ‘Awe’, telah mengurangkan 10% daripada wang sakunya. Dia beli kasut futsal Kelme Indoor Copa beberapa hari yang lepas wa cakap lu. Percubaan pertama beliau untuk perform dengan kasut barunya telah menjadi kenyataan apabila tanggal 24 Mac 2011, perlawanan persahabatan futsal telah diadakan, tepat jam 12 pm, bertempat di The Challenger Sport Centre, Cheras.
Selepas beberapa jam perlawanan tamat, satu wawancara telah diatur bersama Awe.
|
Awe yang cool |
Soalan: apakah perasaan anda ketika game pertama bersama kasut Kelme?
Awe: "maso kawe mulo-mulo jale msop dale court, kawe raso mace David Silva, tapi bakpo Silva mano pakai Kelme. Pah tu kawe tok caro kawe terus kuda bola ke arah pintu gol opponent sambil jerkoh sebagai tanda kawe begitu bersemangat. Bola yang kawe sepak tadi nneting tapi kawe kecewa. Tak gol pula. Arrgghh malas nok cito panje.Kawe tension. Bakpo bola tu tak gol!. Walaubagaimanapun, kasut Kelme ni meme best lah!!. Best gileeerrrr.....!!!"
(wawancara ini sengaja direka tapi yang Awe beli kasut tu betol.tak tipu.)
Refer kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kasut futsal Kelme adalah antara salah satu the best futsal shoes in the world!!!
Cayalah Awe!!!. Jangan marah...
Berikut adalah ksut futsal yang dimaksudkan. Smart kot!!